Saturday, 11 June 2011

hantu kira selipar

gelap gelita.senyap.sejuk.dalam dorm panjang sekolah asrama perempuan ni.dorm panjang tu rasa macam dalam wad hospital..tiada siapa yang berada dalam keadaan terjaga.bunyi berdengkur.bersahutan.saling tolong menolong berdengkur cipta satu muzik.ye! tiada siapa yang dengar.ye laa semua tidur~ada dalam 32 pelajar sedang tidur.berselimut rapi.hanya menampakkan kepala sahaja.sejuk mungkin.kipas berputar pada kelajuan maksimum!

seorng pljr prmpuan brnama nadia tersedar.jam handphone tunjukkan pukul 3 pagi.oh! baru pukul 3 pagi.keliling semua sedang tidur."apsal pula saya yang terjaga pulak???!"..semua pelajar belum bangun.tapi yang pasti pukul 5 pagi semua akan bangun bersiap ke sekolah.dye sambung tidur.awal sangat nak bangun! huhu

suara menyanyi.sangat jelas dan bukan sayup-sayup okeh!
"satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan,sepuluh~" "hee..hee(ketwa mengekek-kekek)..bangunlah~ bangunlah~"

dye trdengar..sangat jelas.alah,siapa yang bagun awal sangat.tak nak bangun.tengok jam.pukul 4.07 pagi.pura-pura tidak dengar.sambung tidur.

"bangunlah,bangunlah,bangunlah~
"satu,dua,tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan,sembilan,sepuluh~"

okeh! dye bangun la.skema betul laa bangun awal-awal.
siap mengira lagi.ingat countdown new year ke?!
duduk atas katil.dorm masih gelap.pintu dorm masih tutup.tiada siapa bangun!
dye je yang terbangun! lihat sekeliling!

ye! ada seseorang di rak kasut.kasut yang sangat terabur dan tidak tersusun..kelihatan sangat tinggi orangnye.muka mengadap ke rak kasut.atau lebih tepat,selipar di lantai yang terabur itu!

erk! cemas!.menggigil.
suara menyanyi lagi. " yea,yea~ seorang dah bangun~" "1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 selipar" menyanyi lagi." bangunlah,bangun lah~"

takut giler! sambung tidur! pejam mata atau apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan asal tak nampak apa-apa.tapi bukan lah sampai cucuk mata dengan garpu!
last-last terlajak bangun sampai bangun lambat.lambat ke sekolah juga!

No comments:

Post a Comment