Friday, 10 June 2011

Akibat kutuk pasal hantu...

Kisah ini terjadi semasa kpda seorng pjjr brnama juhan berada di dalam
tingkatan satu. Waktu itu, juhan tinggal di asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa. Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil...
Tetapi, pada suatu malam.......

juhan dan kawan-kawannya sedang bersembang mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama beliau pada masa itu.
deorng yang terkenal dengan sifat berani, mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman deorg di asrama. Sedang enak deorg mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!

deorng berpandangan sesama sendiri. Rasa takut menyelubungi
diri.

"Apa tu??,"kudip, kawannya bersuara"Barangkali ia marah kita
mengutuk-ngutuknya tak??,"

"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikul menjerit sambil memandang ke syiling.

"Sudahlah, mari kita tidur,"katanya pula. Seraya dengan itu,
kami pun naik ke katil masing-masing.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun dye masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba deorng terdengar bunyi seperti orang berjalan di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat.
deorng bergegas keluar daripada dorm. Apabila deorng sampai,
bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ. deorng kehairanan. deorng mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm. Tetapi, belum sempat deorng sampai ke pintu, jeritan pelajar perempuan kedengaran. deorng terkejut. Seluruh isi asrama terjaga. Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ. Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing. Beberapa lama kemudian, barulah deorng tahu yang pelajar perempuan diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama.
Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali tenang.

Selepas dari kejadian itu, dye dan kawan-kawannya tidak berani lagi bermulut celupar. deorng percaya bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh deorng.....

No comments:

Post a Comment