Thursday 28 July 2011

kereta busuk

Cerita ni dah lama jugak, masa tu aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila, yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti ada udang disebalik batu.
Sebab musabab kereta tu tak laku bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah. Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang jugak.
Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama  kat pemilik ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul 8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si Zues menekan butang auto windowsnya,
"Nak kemana ni cik adik?", tanya Zues pada wanita tu.
"Saya nak baliklah bang, dari petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.
"Emm boleh jugak, rumah cik adik ni kat mana?", tanya si Zues lagi.
"Alaa bang tak jauh pun, dekat kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."
"Ohhh restoren tuuuu, emm kat situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.
Wanita tadi pun naiklah kereta si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.
"Opssss, berhenti sini bang", dengan nada yang agak kuat.
"Eh! Apsal berhenti kat sini pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.
"Tu ha, rumah saya", dengan menuding jari kearah satu tempat.
"Takde pun?", Zues kehairanan.
"Adalah bang, takpalah saya turun sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.
Si Zues ni pun tanpa banyak tanya dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.
Keesokan harinya pula, kebetulan besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta, "Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya. "Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya sayang tu.
Berlalulah bab tu, pada keesokannya seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!, "Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.
Di pendekkan cerita, Zues mengambil keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.copy paste jupppp

kepala atas kubur....

Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.

Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya...

Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr".

Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke?

Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan.

"Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.

Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong.

"Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.

Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.

Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur!

Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar.

Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam.

Sunday 17 July 2011

Cerita Hantu dari Cameron Highland

begini kisahnya.... (korang bayangkan ada muzik latar seram) Pada 16/02/08, kami sekeluarga awal2 pagi dah bertolak ke cameron highland melalui lebuhraya utara selatan, melalui simpang pulai. perjalanan sangat menyeronokkan wife dan anak2, mereka boleh suka2 hati minta berhenti dimana2 untuk membeli buah, jajan dan sebagainya. yang tak berapa seronok adalah aku yang menjadi driver dan terpaksa membayar. tapi bila keluarga happy, aku tak peduli semua tu, akupun HAPPY. kami check in disebuah hotel di brincang. cuma 3 bintang sahaja termampu. kedudukannya diatas bukit ditengah2 pekan brincang amat stategik. untuk ke pasar malam, masjid, medan selera, bank, kfc dan sebagainya cuma beberapa minit berjalan kaki (tapi kesemua tempat aku bawa kereta da...). yg aku suka ia terpisah dengan hotel2 kecil yg berebut parking dan riuh rendah. bilik hotel kami sangat luas dengan adanya balkoni dan ruang santai yg besar. selepas check in, kami berehat seketika dan menunaikan ibadah. kami keluar jalan2 mencari strawberi, madu, teh dan sebagainya. semua tempat menarik kami redah. alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebab pengalaman sebagai orang HR mengajar aku menyusun aktiviti dengan baik. apatah lagi aku dah buat survey awal melalui internet dan bertanya kawan2 yg dah pergi. malas cerita lanjut tentang hal aktiviti kami sebab tajuk kali cerita hantu. sebelam malam, selepas menjelah pasar malam brincang, kami kembali ke bilik melayan asterol, anak2 layan kartun. sambil2 kami makan jagung, cendawan goreng, keropok, strawberi, buah2 dan sebagainya. aku mengambil peluang mengupload gambar dari digital camera ke komputer. beratus gambar ambik, aku suka ambik gambar keletah anak2 yg begitu happy. gambar aku less than 10 pcs. hari dah lewat, pika yg masa itu masih menyusu badan dah tidur bersama2 umminya. cuma tinggal aku dan luqman. luqman masih galak layan tivi, masih culas nak tidur walaupun disuruh. ala budak2 mana faham gelodak jiwa ayah mereka dalam kedinginan malam ini. untuk mempercepatkan luqman tidur, aku cuma pasang lampu kecil sahaja. tapi luqman masih galak meninton tivi, "berubah tempat tidur, tu yang susah lelapkan mata barangkali" getus hati aku. malam merangkak tua, suara anjing gelandangan menyalak kedengaran begitu sayu, sesayu hati aku yang masih belum menyempurnakan kewajipanku. aku kemudian mengumpan bancuhan susu supaya luqman tidur. dia masih boleh gelak menonton telatah kartun sambil menghisap susu botolnya. at last.... aku cakap "luqman, tidur ye. esok pagi kita nak gi ladang teh, nak tengok rama-rama, nak cari ais krim strawberry macam makan tadi. kalau lewat tidur nanti lewat bangun". luqman cakap "ok". aku menutup tivi menggunakan remote control padahal tivi memang depan mata je. tiba-tiba...... aku lihat luqman memalingkan muka ke bawah dengan keadaan badan yang menggigil-gigil. aku ingat dia merajuk aku tutup tivi. aku cuba memalingkan mukanya. lagi teruk dia meronta2 dan enggan tengok ke arah aku. aku angkat luqman letak atas riba, perasaan bersalah wujud kerana menutup tivi. aku tanya "luqman nak tengok tivi lagi ke". luqman geleng. aku cakap "tengok muka ayah". luqman cakap "luqman takut!". ada sedu dan ketakutan disuaranya. aku peluk dan tanya lagi "takut apa? ayah ada.". aku dekatkan luqman didada aku dengan kepala di leher aku. "cakap...takut apa?" aku cakap. luqman bersuara agak lemah "ada kakak rambut panjang atas tivi. dia tengok luqman". toksah cerita lah betapa gugupnya aku ketika itu. bulu roma dan bulu pundak dah meremang. dalam berani2 takut, aku cuba memerhati apa yang ada diatas tivi. gelap. samar. aku cepat2 menggunakan mata ketigaku untuk memerhatikan tempat itu sekali lagi. suasana masih gelap, tapi aku dah dapat melihat dengan jelas. masa kali pertama tengok, aku lupa aku tak pakai cermin mata. he.3x... (jangan gelak, ini cerita hantu, bukan cerita lawak). aku suruh luqman tengok betul2, ada apa2kah lagi diatas tivi, dengan sebelah mata dan kedua2 tangan masih dimuka, luqman menjeling. dan.... luqman berkata "ayah.. kakak senyum kat luqman". aku memeluk luqman dengan erat, sambil mata menjeling kearah tivi, dan sesekali menjeling kearah wife dan pika yang masih nyenyak dibuai mimpi. penat sangat barangkali dua beranak ini meredah bukit dan berjalan kaki tadi. sambil2 itu, mulutku terkumat kamit membaca surah-surah al quran, dan tidak terkecuali ayat kursi. habis bacaan surah, aku hembuskan aku kembali ke arah luqman, dan memintanya melihat 'kakak' itu, luqman membuka mata dan berkata "kakak dah takde ayah...". aku suruh luqman tengok sekeliling bilik, dan luqman tidak menjumpai 'kakak' itu. aku baringkan luqman kembali. kemudian aku mengambil wudhu' dan surah Yassin yang memang selalu ku bawa ke mana2. aku pasangkan satu lampu agak lebih cerah, dan aku bacakan surah Yassin. dalam sila yang kemas, aku letakkan luqman dipangkuan. aku bacakan surah Yassin dengan sebiji botol air mineral 500ml yg terbuka penutupnya didepanku. selesai bacaan, aku menghembus kearah air, sambil mengulang ayat2 yang terkahir, dan menghembus lagi. aku letakkan luqman, dan aku berjalan ke setiap penjuru bilik sambil merenjis2 air bacaan Yassin tadi. aku juga menyuruh luqman meminum sedikit air Yassin tadi. Alhamdulillah, malam itu beransur tanpa ada gangguan lain, aku risau juga dengan tindak balas syaitan yg memang berdendam dengan anak cucu Adam. keesokkan harinya, awal2 pagi lagi, aku dengar luqman bercerita kisah dia melihat 'kakak' kepada umminya. aku buat endah tak endah. disebabkan wife malas bersarapan diluar, aku keluar membungkus sarapan seorang diri. masa sarapan, wife cuba memulakan perbualan mengenai hal diceritakan luqman. aku tangkas memangkah percakapan isteri. "jangan mengarutlah! luqman mengigau je tu." suara aku agak keras menjawab. isteri terkedu, dan dia tahu lebih baik dia diam jika kedengaran suara aku agak keras. dan cerita2 itu tidak kedengaran lagi. selepas sarapan, kami enjoy ke sekitar cameron highland. pada 18/02/2008, lepas keluar jalan2 sekitar pekan brinchang, kami check out. bilamana kereta melepasi kampung raja, barulah aku memulakan bicara mengenai kejadian menimpa luqman. "ayang cakap apa hari tu? luqman cakap dia nampak kakak rambut panjang?' aku memulakan bicara. wife menjawab "ingat abang tak percaya! hari tu abang marah". aku meyuruh isteri bercerita, dan isteri dengan petah bercerita dan sesekali menyuruh luqman bercerita kepada aku. aku dengar dengan penuh minat. aku kemudiannya bersuara "abang dah tau, masa luqman nampak 'kakak' memang abang ada. aku ceritakan the other side story. terpaku wife aku dengan kehebatan aku yang saja direka2 tu (he.3x). "kenapa hari tu cakap je abang marah" wife berkata dengan suara seolah merajuk. aku jawab "abang tak mau ada apa2 musibah. kita didalam kawasan rumah 'dia'. buat apa nak cakap2 pasal dia, nanti lagi 'dia' kacau kita. abang cuba ikhtiar suruh dia jangan kacau kita je. abang bukan bomoh nak lawan2 dengan dia. tok ayah ada pesan, kalau dia ada dalam rumah kita, kita musnahkan. kalau kita dirumah dia, kita elakkan pertembungan. ni abang cakap sebab kita dah diluar pengaruh dia". aku tambah lagi "pasal hotel tu berhantu, abang dah tau awal. razman dah cakap masa abang bagitau nama hotel tu. ada kawan dia pernah kena. cuma abang malas nak fikir. kalau abang bagitau ayang psl razman cakap dan kejadian malam tu, abang yakin kita semua akan ketakutan dan kita tak enjoy bercuti ni". kami semua diam dan meneruskan perjalanan. dalam hati berkata, aku akan datang lagi ke cameron highland, tapi bukan ke hotel tu. tamat.
Tags: err, kopi, pes, jerkk, nih!

Misteri Di Lebuhraya Karak

Beberapa tahun yang lepas, satu keluarga berbangsa melayu dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menziarah saudara mara di kampung. Mereka semuanya berempat iaitu sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka. Mungkin ingin mengelakkan jalan yang sibuk, mereka bertolak agak lewat dan sesampainya di Tol Gombak, jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam.
“Bang, jangan bawak laju sangat bang, Ayu dengar kat area depan tu banyak accident tau,”
“Alah, abang tahu tapi kereta dah bikin cam ni mana boleh slow, kenalah lenjan habis, heh”, balas Hamid.
Sementara mereka berdua sibuk berbual, anak-anak mereka telah pun lena tidur di belakang. Ayu cuba menahan dari tertidur untuk berbual dengan suaminya agar tidak merasa mengantuk jika memandu sendiri. Ketika sedang asyik berbual tiba-tiba kedengaran bunyi rempuhan.
“Ah, sudah apa yang kita terlanggar tadi?”
“Bang, try check entah-entah kita terlanggar orang melintas ke, susah kita dibuatnya bang” kata Ayu kepada suaminya.
Akur dengan kehendak isterinya, Hamid memberhentikan keretanya di bahu jalan. Hamid keluar dari kereta dan cuba meninjau jalan yang telah dilaluinya tadi tetapi gagal menjumpai apa-apa. Hamid mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanannya, tetapi entah mengapa enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.
“Eh…pelik tadi ok je, orang nak cepat dia buat hal pulak!”bentak Hamid.
“Kenapa bang?…rosak ke, trylah tengok-tengokkan enjin tu”, balas Ayu.
Apabila bonet depan dibuka, Hamid dapati keretanya kekurangan air. Hamid menyumpah-nyumpah dirinya kerana kecuaiannya menyebabkan mereka sekeluarga tersangkut di tengah-tengah Lebuhraya Karak. Memikirkan kemungkinan ada anak sungai berhampiran, Hamid mencapai botol dari dalam kereta dan berjalan seorang diri dalam kegelapan malam. Sebelum itu sempat dipesan kepada isterinya agar semua pintu dikunci dan jangan melayan jika ada orang selain darinya yang datang.
Sambil berjalan, Hamid menyumpah-nyumpah dalam hati. Kemarahannya reda bila mendapati ada cahaya di depannya, lantas dia menuju ke arah tersebut. Cahaya tersebut adalah bayangan cahaya bulan pada air sungai, tanpa berlengah Hamid memenuhkan air ke dalam botol yang dibawanya. Keadaan di sekeliling sungai sepi, hanya sesekali desiran angin malam membuatkan tubuh Hamid menggeletar kesejukan.
Ketika sedang mengambil air Hamid memandang sekelilingnya, hanya pohon-pohon tua yang berbentuk ganjil,besar,tinggi dan kelihatan menakutkan. Dan ketika itu pandangan Hamid tertumpu pada sebatang pohon tua yang berada di hadapannya. Lamunannya tersentak bila dia mendapati ada sesuatu yang bergerak di balik pokok. Hamid mula mengundurkan diri, memikirkan kemungkinan ianya binatang buas. Tetapi sangkaannya meleset bila perlahan-lahan ada sekujur tubuh di tutup kain putih keluar dari balik pokok.
Tanpa menanti botol penuh Hamid segera mengangkat kaki sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Ayat Kursi. Ketika berlari pendengarannya dikejutkan dengan suara perempuan menjerit keras, diikuti dengan raung tangis berpanjangan. Sinar rembulan membantunya melihat dengan jelas akar-akar pokok yang berselirat agar tidak tersungkur. Sesampai di kereta isterinya terkejut melihat suaminya yang ketakutan.Terketar-ketar Hamid cuba menyatakan sesuatu.
Dengan cepat Hamid mengisi air dan terus menghidupkan enjinnya. Ketika hendak meneruskan perjalanannya, sempat dia menjeling pada cermin pandang belakang dan alangkah terkejutnya Hamid bila mendapati tubuh berbalut kain putih tadi berada di belakang keretanya tetapi kali ini Hamid dapat melihat dengan jelas mukanya. Kulitnya kering kontang, berkeriput dan biji matanya tersembul keluar.
Ketika itu juga hidungnya dapat menangkap bau busuk seperti mayat yang terbiar. “Ayu, jangan pandang belakang”, kata Hamid mengingatkan isterinya. Walaupun Hamid menekan habis minyak tetapi dirasakan keretanya bergerak terlalu perlahan dan makhluk yang mengejarnya telahpun berada di sebelah kanannya. Isterinya telah pun pitam bila memandang makhluk tersebut. Kini hanya tinggal Hamid seorang menghadapi makhluk tersebut.
Keesokan harinya terpapar di dada akhbar sekeluarga maut ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Keretanya terperosok ke dalam sungai yang letaknya sejauh 1 kilometer dari bahu jalan!! Sehingga kini bagaimana kereta tersebut boleh terbabas sejauh itu masih menjadi misteri yang belum bertemu jawapannya. 
 

Monday 11 July 2011

Matrikulasi...

Trdpt 2 misteri dlm stu tjuk ini....
kisah yg prtama...skrg sume pljr diminta mmbaca suarah al-mulk jika blik kls mlm krana trdpt stu kes seorng pljr prmpuan bru lps blik dry kls dan trus prgi ke tnds dan dye trnmpk seorng mak cik cleaning sdg mmbrsihkn toilet..tbe2 mk cik uh mnegur dye..npe x baca surh al-mulk kmi mkin byk....mula2 budak nie x fkir ap2..blik dri tndas srm sjuk dye..lps itu dye dmm bbrapa mggu dan sume pljr trus mmbaca surh al-mulk jika blik pda wktu mlm...
kisah yg kdua semua blik no7 di stu blog uh ditutp krna trdpt skumpuln dak cina brnama spirit di bilik no7..ttpi blik no7 yg mnew sume x dpt tahu...tpy trdpt stu blik no7 ini sring kli lmpunye kjp bukak da kjp tutup pdhl sume bilik n07 dikunci dan xdew siape bole msuk...

kdua2 kisah ini kisah benar yg brlku di slh sbuah matrik.......

Friday 1 July 2011

Mak cik tukang sapu sekolah..

Dipendekkan cerita..cerita nie sperty  biasa cerita sblom ini brlaku kpd seorng pljr asrama...nma dye rahzif..seorng pljr akaun yg skolah nye tdk dpt dsebutkn ..dye nie bru form4...erm..biaselah dak asrama time mggu exam nie msty adew punye yg brmlm di blik prep untk study...wktu da mnunjuk kn pkul 1 mlm hnya tnggal 2 orng shja pljr di dlm blik itu iaitu dye dan kwn seasramanye iaitu idin...tgh2 bljr dye trnmpk seorng mak cik yg sdg mmbrsihkan kaki lima sekolah pda wktu dye tdk pkir apew2 sbb dye knl mk cik uh tkang spu skola n dye pkirkn mkcik uh amik ovrtime....tbe2 kwn nye ingin prgi ke tnds yg brsblh dgn blik prep uh ..dye pun x kesah sbb dkt jup...kwn nye prgilah seorng dan dye pun tnggl seorng di bilik prep uh...tgh2 bljr mk cik uh muncul di dpn nye smbil myapu..dye pon punye men terkjot sbb x sngka pnts btol mk cik uh..dye mngur mk cik wat ovrtime kew..mk cik uh diam jup smbil munduk kn kpalanye...ps uh dye trnmpk kwn nye msuk ke bilik prep semula dye pon mnoleh..x smpi bpe saat dye mnoleh kwnnye dan mnoleh kmbli ke dpn untk tgk mk cik uh,mk cik uh sudah tiada...fuuhh psts btol mk cik uh mghilngkn diri..ps uh dye ckp kat member dye..."rjin btol mak cik malm2 pon bkrja sbb nk sara hidup"..kwn dye tnye kpdanye..:mk cik mne pulak ni?..dye mnjwb.."allaahh mk cik tukng spu lah"....tbe2 kwn nye mcm trkjot dan ajk nye blik ke asrama kerana sudah lewt mlm..dye pon ok jelah...smbil brjln ke asrama uh dye mnoleh lah ke kiri dan ke knn untk mncri mk cik tkng spu tdi..tbe2 dye trpndg ke stu ppn knyataan dan trliht tdpt stu notis...dan dye pgilh untk tgk notis...dan notis trsebut..sprty notis di bwh..

ny lah notis nye maaf kerna gmbr mk cik ny,nma dye,n trikh nye x dpt nk tunjuk..
smbong cter..fuhh dye punye men trkjot tgk gmbr mk cik spu uh tlh kmbli ke rahmatuallah...kwn dye pun ckp.."ptot aq trkjot tdy aq da agk da ko nmpk mk cik nie..skolah ltk notis nie pon sbb da rmi yg kena...mk cik nie mmg mti dkt skola kite mse dye tgh spu..sbb dye mti sume owg x twu.."..misteri hantu mak cik tukang sapu msih brtrusn smpi skrng...jadik ingt....